Pengguna sebenarnya berhak untuk menyuarakan pendapat masing-masing.Pengguna perlu membuat pertimbangan yang sewajarnya dalam penggubalan dasar kerajaan dan tindakan yang cepat dalam mengadili.Pengguna boleh menyalurkan pendapat mereka pada pihak-pihak yang tertentu yang boleh diberikan perhatian.Sebagai langkah yang lebih efektif,mereka boleh meyalurkannya melalui kumpulan agar lebih perhatian dapat ditumpukan.

Pengguna boleh menyuarakan rasa tidak puas hati tentang sesuatu barangan atau perkhidmatan yang diberikan.Ini boleh menyebabkan mereka yang terlibat untuk mula membaiki kelemahan yang ada.Dengan ini,mutu barangan atau perkhidmatan yang diberikan boleh memuaskan hati semua pihak.