tarikh luput

Lihat tarikh luput sebelum membeli

Barangan seringkali tidak terlepas dengan sebarang kerosakan dan kecacatan, ada antaranya yang boleh membahayakan pengguna itu sendiri. Pengguna sebenarnya berhak untuk mendpatkan pampasan daripada produk sebegini.Ganti rugi haruslah diberikan bagi pengeluaran barang atau perkhidmatan yang mengakibatkan kecederaan kepada pengguna.

Bukan sahaja disebabkan barang tersebut yang merbahaya.Hak ini juga boleh dituntut jika barangan tersebut berkualiti rendah atau perkhidmatan tersebut tidak memuaskan.Sejak kebelakangan ini,pengguna semakin sedar akan hak ini dan mereka telah melakukan tindakan yang betul dalam membuat keputusan ini.Ganti rugi ini boleh diberi dalam pelbagai bentuk mengikut keadaan seperti memberi barang yang sama jenis atau memulangkan wang mengikut nilai barangan tersebut.