alam sekitarPersekitaran yang sihat boleh membantu kehidupan seharian kita.Kita dapat hidup dengan selesa jika persekitaran bersih dan kemas.Persekitaran yang sihat dan selesa mestilah bermula daripada diri sendiri dahulu.Pastikan alam sekitar sentiasa bersih,tidak mengancam ataupun berbahaya kepada diri sendiri dan orang lain.Ini membolehkan kita berasa selamat dan selesa dalam menjalani kehidupan.

Sebenarnya, pengguna berhak untuk berada dalam persekitaran yang selesa.Pengguna mestilah memperjuangkan hak ini memandangkan kadar pemcemaran yang semakin berleluasa.Walaupun hal ini dikatakan remeh,perkara ini secara tidak langsung boleh mengganggu kehidupan kepada generasi akan datang.Ini sebenarnya telah mengganggu kehidupan seluruh manusia di dunia.Kesan berlakunya pencemaran ini bukan sahaja kepada manusia tetapi boleh mengganggu ekosistem hidupan lain yang ada di muka bumi ini.Terdapat banyak spesies haiwan dan tumbuhan yang jarang dikenali pada masa kini dan perkara ini boleh berterusan kepada generasi akan datang.Oleh itu,kerjasama harus diberikan dalam mengawal masalah ini.

Selain itu,persekitaran yang sihat dan selesa tidak hanya diberikan tumpuan terhadap pencemaran sahaja.Persekitaran yang selesa boleh diwujudkan menerusi kerjasama semua orang dalam menjaga etika dan adab dalam kehidupan seharian.Orang ramai seharusnya mematuhi budaya dan peraturan yang telah ditetapkan.Sebarang bentuk pelanggaran seharusnya diberikan hukuman yang setimpal.Dengan ini,persekitaran yang selesa dapat diwujudkan.