logo halal

logo halal

Pengguna berhak untuk mendatkan maklumat yang jelas.Mereka perlulah mengetahui tentang kandungan dan cara perniagaan barang atau perkhidmatan dengan betul.Mereka juga mempunyai hak untuk dilindungi daripada sebarang iklan atau label yang mengelirukan.Ada antara syarikat-syarikat yang mengambil kesempatan ini untuk mendapatkan keuntungan yang besar.

Sebagai contoh,ada antara pengguna yang telah mengadukan tentang masalah mereka apabila ada antara mereka menipu dengan menggunakan harga yang lebih mahal walhal harga sebenarnya jauh lebih murah.Ada juga di gedung seperti pasaraya yang menunjukkan label yang murah,mereka ingin menambat hati pengguna untuk membelinya.Sewaktu berada di kaunter pembayaran,mereka telah menukarkan harga tersebut kepada harga yang lebih mahal tanpa disedari oleh pengguna tersebut.Individu-individu seperti ini hendaklah diberi hukuman disebabkan sikap tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri ini.Hal ini mesti dibendung bagi mengawal masalah ini semakin berleluasa.

Selain itu,pengguna perlulah mengetahui tentang maklumat yang tepat pada sesuatu barangan yang diperoleh.Bagi orang Islam,logo Halal yang sah perlulah dipamerkan agar pengguna tidak perlu berasa ragu-ragu untuk menggunakannya.Maklumat seperti ini boleh dirujuk daripada badan-badan yang bertanggungjawab seperti JAKIM.Hal ini sangatlah perlu dititikberatkan oleh semua pihak.