orang kurang upaya

orang kurang upaya

Pengguna berhak mendapatkan barang dan perkhidmatan asas bagi menjamin kehidupan yang memuaskan di dunia moden ini. Keperluan asas ini termasuk makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian, perumahan, kemudahan kesihatan, pendidikan, dan sebagainya.Bagi golongan biasa dan sihat,mungkin hal ini tidak menjadi masalah.Tetapi hakikat ini sangatlah dilihat oleh segelintir golongan terutamanya golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Di Malaysia,kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai pekerjaan.Mereka tidak mempunyai sebarang bentuk sokongan daripada mana-mana pihak untuk mendapatkan pekerjaan.Bukan untuk mengatakan bahawa mereka hanya perlu bersenang dan tidak berusaha langsung,tetapi mereka perlulah diberikan pendedahan dan peluang untuk menunjukkan kemahiran masing-masing.Ada antara mereka yang mempunyai kemahiran untuk menaip.Ramai di kalangan mereka yang mempunyai ijazah atau pendidikan di peringkat SPM.

Sekali lagi dinyatakan setiap daripada kita mempunyai hak dalam mendapatkan kemudahan asas.Bagi kolongan kurang upaya,mereka seharusnya diberikan sokongan supaya mereka dapat hidup seperti orang lain.