`Pengguna’ ialah setiap orang yang mendapatkan barangan dan perkhidmatan untuk kegunaan diri dan keluarganya.Setiap orang sebenarnya telah menjadi pengguna semenjak dari mereka lahir.Sebahagian besar daripada barangan atau perkhidmatan yang digunakan adalah hasil kerja orang lain.Konsep pengguna tidak hanya diitujukan kepada segelintir golongan tetapi sebenarnya adalah merupakan semua lapisan masyarakat termasuk pemimpin dan golongan bawahan. Ini selari dengan ucapan daripada bekas Perdana Menteri Malaysia,Y.A.B Dato’ Seri Mahathir Mohamed yang telah memberikan satu takrifan kepada pengguna.Katanya “…rakyat Malaysia tanpa mengira kedudukan dalam masyarakat adalah pengguna.Dan pengguna merupakan asas kepada kegiatan ekonomi.

Sebagai pengguna,kita sebenaranya tidak terlepas menyumbangkan apa sahaja yang berharga untuk mendapatkan sesuatu seperti wang yang digunakan untuk membeli barangan.Oleh itu,kepuasan daripada pengguna sangatlah perlu dititikberatkan.Pengguna juga perlulah bijak mebezakan antara keperluan dan juga kehendak.Kebanyakan pengguna memandang remeh tentang isu ini dan akhirnya meyumbang kepada permasalahan kepada diri sendiri.Kebanyakan daripada mereka yang ingin mencapai kehendak adalah bertujuan untuk mendapat pengiktirafan sosial atau dalam konsep sebenarnya adalah barangan berjenama.

Sebenarnya,mereka perlulah mengetahui hak-hak pengguna sebagai langkah untuk mengurus dan memuaskan hati mereka.Dengan kesedaran ini juga boleh menjadikan pengguna supaya menguruskan kewangan dengan lebih teratur.Oleh itu,pengguna seharusnya bijak dan tidak takut meluahkan sebarang aduan dan pendapat.Dengan ini,ekonomi negara dapat distabilkan dan orang ramai hidup dalam keadaan yang selesa.