Keselamatan sangat diperlukan oleh seorang pengguna.Barangan yang dipasarkan haruslah mempunyai kualiti dan tahap yang melepasi spesifikasi yang ditetapkan.Kebanyakan pengguna sering menghadapi masalah ini dan takut untuk mengadukannya.Mereka sebenarnya berhak kerana harga yang dibeli tidak setimpal dengan kualiti barangan tersebut.Sebagai contoh,ada di kalangan mereka yang telah menghadapi masalah apabila barangan elektrik mereka tidak berfungsi dan menyebabakan berlakunya kebakaran yang kecil.

testing

produk mengandungi kandungan berbahaya

Selain itu,terdapat juga krisis tentang barangan yang mempunyai kandungan yang berbahaya.Sejak beberapa tahun kebelakangan ini,dunia telah digemparkan dengan satu berita tentang kandungan susu bayi yang mengandungi bahan melamin yang tinggi di China.Berita ini telah menyebabkan ramai pihak mula berasa bimbang dan mengambil langkah berjaga-jaga.Di Amerika Syarikat pula,mereka telah menarik balik 210,000 pasang selipar kanak-kanak yang mengandungi kandungan plumbum yang tinggi.Negara itu juga telah mengalami pencemaran bekalan mentega yang mengandungi bakteria Salmonella daripada Peanut Corporation of America (PCA).Pertubuhan konsumer negara tersebut telah mendesak kerajaan untuk mengambil tindakan bagi menanganinya.

Justeru,Malaysia juga seharusnya mencontohi negara seperti itu.Sebarang maklumat yang sah akan dibawa untuk dibincangkan dan seterusnya mengambil tindakan yang sepatutnya.Dengan ini, keselamatan pengguna dapat dijaga dan orang ramai tidak perlu untuk berasa bimbang lagi.