Pendidikan kepenggunaan sangat penting.Ini adalah supaya pengguna boleh membuat rujukan dan mempunyai satu pelindung dalam membuat sesuatu pilihan.Mereka boleh membuat sesuatu keputusan dengan lebih bijak dan terurus.Mereka perlulah diberikan pendidikan pengguna secara berterusan kerana kebanyakan sistem pendidikan tidak memberi perhatian terhadapnya.

Falsafah pendidikan pada masa kini hanya tertumpu dalam menjadikan seseorang itu menjadi pekerja atau majikan yang berkesan,mereka tidak dilatih untuk menjadi pengguna yang bijak.Ini seharusnya dititikberatkan agar negara dapat melahirkan pengguna yang berilmu dan bermaklumat.

About these ads